Wednesday 4 May 2011

Bercabang kena cara.

Rutin mereka, kebiasaannya sama. Melalui hari-hari dengan perkara yang sama dan masalah yang sama. Melalui setiap hari dengan lemah kerana ianya tidak pernah berbeza. Nah.. Apa yang anda inginkan dalam hidup? Senarai? Pasti tidak pernah cukup. Benar bukan? 

Masalah demi masalah. Tidak pernah berhenti dari menghantui diri setiap dari kita. Berhadapan dengan bijak atau lebih menambah beban anda. Pilihan yang baik harus dilakukan tanpa perlu merasai tekanannya. Untuk apa terlampau serius? Untuk apa terlampau mengambil mudah? Setiap langkah membawa maksudnya, saya tidak tahu, anda tidak tahu apa kesan nya, yang pasti, anda harus mengambil langkah.

Lari dan terus lari hanya membuatkan diri kita semakin dekat dengan mereka. Anda tidak akan mengetahuinya, sehingga anda berhadapan dan merasainya sendiri. Nampak mudah bukan? Jadi bagaimana? Masih mahu mencuba? Melempar dadu seperti si sulung? Terus redha seperti kelima? Atau tempuh sahaja seperti yang ketiga? 

Duduk dan menyalahkan takdir seperti yang dilakukan oleh yang keempat? Atau berfikir tanpa berani melakukan seperti yang kedua? masing-masing dengan cara sendiri. Cara yang mereka rasa ianya tepat dan berbaloi jika ianya berhasil. sehingga si bongsu mengikut sahaja.

Enam individu berbeza, dari sisi kehidupan yang sama. Masalah silih berganti, dihadapi dengan cara berbeza. 

No comments:

Post a Comment