Thursday 5 May 2011

Lima: luahan rasa dikarang pena.

kerusi kayu itu, tempat dia berehat. pokok mangga yang rendang itu seolah-olah menjadi atapnya, melindungi dari disirami cahaya mentari. tenang. ini yang dia mahukan. kerap ditanya, "jika dia adalah suatu tempat yang istimewa, apa yang dia impikan?" lantas di jawab, "hutan itu adalah saya". iya, baginya dirinya tak ubah seperti hutan, tempat yang penuh dengan pepohon liar yang menyebabkan ramai diantara kita tidak tahan duduk disana, tetapi, dalam keadaan yang serabut itu, jelas, hutan adalah tempat yang tenang. walau ianya belukar, walau ianya dianggap semak, tetapi tetap damai, membuatkan kita berasa aman walau sebentar.

mulut yang menghiasi mukanya itu, menjadi tempat dimana mereka yang lain menemui jawapan. setiap soalan yang diaju padanya, dengan tenang dia menjawab tanpa sebarang resah gelisah. tidak hairanlah dia menjadi rujukkan mereka yang lain. tetapi, adat manusia tidak semuanya sama. walaubagaimana dia membantu mereka, tetapi dirinya sendiri tidak sunyi dari masalah. 

tingkap yang kecil itu, bagai menyelamatkan nyawanya. sebatang demi sebatang rokok dicucuh, membuat biliknya menjadi tempat bunuh diri yang selesa. katanya, dia boleh hidup dengan sebatang pensel dijarinya, dan sebatang rokok dibibirnya. tetapi sampai bila? hanya terus berserah dan menanti supaya semuanya menjadi seperti yang di impi?

"kita boleh merancang, tapi kita tak boleh mengharap, dari terus mengharap, baik kita biarkan sahaja" itulah dia, mentaliti positifnya tidak digugat lagi sesiapa. apa yang berlaku  hatinya hanya menerima.