Thursday, 5 May 2011

Lima: luahan rasa dikarang pena.

kerusi kayu itu, tempat dia berehat. pokok mangga yang rendang itu seolah-olah menjadi atapnya, melindungi dari disirami cahaya mentari. tenang. ini yang dia mahukan. kerap ditanya, "jika dia adalah suatu tempat yang istimewa, apa yang dia impikan?" lantas di jawab, "hutan itu adalah saya". iya, baginya dirinya tak ubah seperti hutan, tempat yang penuh dengan pepohon liar yang menyebabkan ramai diantara kita tidak tahan duduk disana, tetapi, dalam keadaan yang serabut itu, jelas, hutan adalah tempat yang tenang. walau ianya belukar, walau ianya dianggap semak, tetapi tetap damai, membuatkan kita berasa aman walau sebentar.

mulut yang menghiasi mukanya itu, menjadi tempat dimana mereka yang lain menemui jawapan. setiap soalan yang diaju padanya, dengan tenang dia menjawab tanpa sebarang resah gelisah. tidak hairanlah dia menjadi rujukkan mereka yang lain. tetapi, adat manusia tidak semuanya sama. walaubagaimana dia membantu mereka, tetapi dirinya sendiri tidak sunyi dari masalah. 

tingkap yang kecil itu, bagai menyelamatkan nyawanya. sebatang demi sebatang rokok dicucuh, membuat biliknya menjadi tempat bunuh diri yang selesa. katanya, dia boleh hidup dengan sebatang pensel dijarinya, dan sebatang rokok dibibirnya. tetapi sampai bila? hanya terus berserah dan menanti supaya semuanya menjadi seperti yang di impi?

"kita boleh merancang, tapi kita tak boleh mengharap, dari terus mengharap, baik kita biarkan sahaja" itulah dia, mentaliti positifnya tidak digugat lagi sesiapa. apa yang berlaku  hatinya hanya menerima.


Enam: diketuk lemah, tanda dirinya

"You sit there in your heartache
Waiting on some beautiful boy to 
To save you from your old ways
You play forgiveness
Watch it now
Here he comes"


lagu terus berputar, dan tangan nya tidak berhenti menghayun drum stick mengetuk bass dan snare. Puas, kepuasan sebegini yang dia cari. apa yang dia mahukan? tidak mengapa, janji dirinya puas dihanyut leka bermain drum.

telefon bimbit diatas meja acap kali bergetar, tidak dipedulikan. untuk apa terus melayan diri dengan perasaan yang tidak menentu itu? lebih baik dia melayan perasaan sendiri memuaskan hati sendiri.

itulah dirinya, sentiasa mengambil mudah akan semua perkara dan hanya mengikut hati sendiri. bertengkar dengan mereka yang lain, menegakkan kehendak hatinya walau dia tahu itu bukan yang sebenarnya. kerna apa? "why so serious?" itu yang selalu di ungkap olehnya.

kelima mereka diatas nya hanya menjadi bahan rujukkan olehnya. memerhati dan menilai diri setiap abang-abangnya, dan mengimplikasikan dalam kehidupan sehariannya. apa lagi yang terbaik selain dari apa yang berlaku di depan mata?

Wednesday, 4 May 2011

Bercabang kena cara.

Rutin mereka, kebiasaannya sama. Melalui hari-hari dengan perkara yang sama dan masalah yang sama. Melalui setiap hari dengan lemah kerana ianya tidak pernah berbeza. Nah.. Apa yang anda inginkan dalam hidup? Senarai? Pasti tidak pernah cukup. Benar bukan? 

Masalah demi masalah. Tidak pernah berhenti dari menghantui diri setiap dari kita. Berhadapan dengan bijak atau lebih menambah beban anda. Pilihan yang baik harus dilakukan tanpa perlu merasai tekanannya. Untuk apa terlampau serius? Untuk apa terlampau mengambil mudah? Setiap langkah membawa maksudnya, saya tidak tahu, anda tidak tahu apa kesan nya, yang pasti, anda harus mengambil langkah.

Lari dan terus lari hanya membuatkan diri kita semakin dekat dengan mereka. Anda tidak akan mengetahuinya, sehingga anda berhadapan dan merasainya sendiri. Nampak mudah bukan? Jadi bagaimana? Masih mahu mencuba? Melempar dadu seperti si sulung? Terus redha seperti kelima? Atau tempuh sahaja seperti yang ketiga? 

Duduk dan menyalahkan takdir seperti yang dilakukan oleh yang keempat? Atau berfikir tanpa berani melakukan seperti yang kedua? masing-masing dengan cara sendiri. Cara yang mereka rasa ianya tepat dan berbaloi jika ianya berhasil. sehingga si bongsu mengikut sahaja.

Enam individu berbeza, dari sisi kehidupan yang sama. Masalah silih berganti, dihadapi dengan cara berbeza.